NADI Mahir Baiki Gajet Intake 3 (Minggu ke-12)
1 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mac 2026, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Baiki Gajet pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas mahir baiki gajet minggu ini menilai tahap kefahaman peserta terhadap pembelajaran berkaitan pembaikan telefon pintar serta mengukuhkan semula pengetahuan asas yang telah dipelajari.
Peserta mengulangkaji semula topik-topik penting seperti komponen peranti, fungsi asas dan teknik pembaikan yang telah dipelajari. Peserta menjalani ujian secara bertulis atau praktikal bagi menilai tahap penguasaan terhadap kemahiran yang dipelajari. Tenaga pengajar membincangkan jawapan ujian serta memberi maklumbalas untuk membantu peserta memahami kesilapan dan penambahbaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: